Thursday, 28 January 2016

Ibrahim (1~52)

14. Khatam Surah Ibrahim (1~10).
14. Khatam Surah Ibrahim (11~20). 
14. Khatam Surah Ibrahim (21~30). 
14. Khatam Surah Ibrahim (31~40). 
14. Khatam Surah Ibrahim (41~52).




Sumber,
[] https://sites.google.com/site/p95karang/4/1
Following twitter,
[] 



.

Ibrahim (41~52).

Ibrahim, dari ayat 41~50, 

41. “Hai Tuhan Kami ! ampunkan daku dan dua ibu bapa ku dan orang-orang mukmin pada hari terjadi perhitungan”.

42. Dan jangan lah engkau kira Allah  itu lalai dari apa yang dikerjakan oleh orang-orang zalim, hanya ia undurkan mereka sampai satu hari yang padanya tercengang pemandangan-pemandangan.

43. Dengan keadaan terburu-buru dan menundukkan kepala-kepala mereka, pada hal mata-mata mereka tidak berkelip, sedangkan hati-hati mereka kosong.

44. Dan ancamlah manusia dengan hari yang akan datang azab padanya kepada mereka, lalu akan berkata orang-orang yang zalim; “hai Tuhan kami ! undurkan lah kami sampai satu masa yang dekat, supaya kami akan jawab seruan mu dan menurut kepada Rasul-Rasul”. Bukan kah kamu pernah bersumpah sebelum ini, bahawa kamu tidak akan berubah ?.

45. Dan kamu tinggal ditempat tinggal orang-orang yang menzalami diri-diri sendiri, dan terang bagi kamu, bagaimana kami telah  berbuat kepada mereka dan bagaimana kami adakan bagi kamu perumpamaan-perumpamaan ?.

46. Dan sesungguhnya mereka telah menjadikan tipu daya mereka, pada hal disisi Allah lah ada balasan tipu daya mereka, walau pun dengan tipu daya mereka itu akan hilang gunung-gunung.

47. Lantaran  itu, jangan lah engkau kira Allah memungkiri janji nya kepada Rasul-Rasul nya kerana sesungguhnya  Allah itu yang gagah, yang mempunyai balasan.

48. Pada hari diganti bumi dengan bumi lain dan diganti langit-langit dan mereka akan menghadap Allah, yang tunggal, yang maha kuasa.

49. Dan engkau akan lihat orang-orang dosa pada hari itu terikat dengan belengu-belengu.

50. Pakaian-pakaian mereka adalah dari kuningan yang panas, dan api neraka akan menutup muka-muka mereka.
51. Untuk Allah membalas kepada tiap-tiap diri, apa yang ia telah usahakan, sesungguhnya Allah itu lekas dalam menghitung.

52. Ini satu penyampaian kepada manusia, dan supaya mereka diancam dengan nya dan supaya mereka tahu, bahawa hanya ialah Tuhan yang satu dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran suka ingat.


Following Twitter,
[] 




.

Kedah Oh Kedah

,19.
Pagi ini ku bangun mengigau,
RTM nyatakan najib nak jumpa sultan,
Apakah maksud gerangan itu,
Sedangkan Kedah sentiasa aman.

,20.
Tujuh kali bohong ertinya pintar,
Semuakan terlelong usah gusar,
Apa daya fikir depa berputar,
Sungai deras bagai hala lintar.

29/Jan/2016

Following twitter,
[] https://twitter.com/TanahHuluLangat/status/692861550525153280



.